Sijil Halal AYAM DINDINGS Ditarik

Source:

  1. http://www.muslimconsumer.org/ppim/news.php?extend.78
  2. http://www.halaljakim.gov.my/content_view.php?IDarticle=98

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik balik sijil pengesahan halal yang diberikan kepada syarikat Dindings Poultry Processing Sdn Bhd berikutan proses penyembelihan ayam di kilangnya meragukan.

Difahamkan antara kesalahan dikesan Jakim iaitu sesetengah ayam disembelih dua kali selepas penyembelihan pertama tidak sempurna dan ada ayam sudah mati sebelum disembelih.

Pengumuman berhubung penarikan balik sijil itu disiarkan dalam laman web Jakim melalui www.halaljakim.gov.my, bertarikh 3 Januari lalu.

Laman web itu yang menjadi rujukan rasmi sijil halal Jakim menjelaskan Sijil Pengesahan Halal Jakim bagi Syarikat Ayam Dindings Poultry Processing Sdn Bhd ditarik balik sehingga diberitahu kelak.

Pengarah Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam Jakim, Che Hassan Fahmi Che Mamat yang dihubungi Harian Metro, petang semalam, mengesahkan mengenai tindakan Jakim itu.

Menurutnya, setiap pemegang sijil halal bertanggungjawab ke atas sebarang penyalahgunaan syarat ditetapkan Jakim.

Continue reading Sijil Halal AYAM DINDINGS Ditarik