LHDN: Pembuli Yang Sah Di Sisi Undang-Undang

Penulis baru saja selesai memfailkan cukai untuk tahun 2021, lalu terpanggil untuk menulis sedikit untuk meluahkan rasa marah dan hampa dengan cara cukai dikendalikan di Malaysia. Dengan siapa lagi yang boleh diluahkan, tiada siapa yang peduli jika tidak kena kepada diri sendiri.

Kita sedar bahawa cukai itu penting untuk pembangunan negara, dan tidak dinafikan amat perlu. Namun, penulis rasa cara ia dikendalikan amatlah tidak sempurna dan tunggang-langgang.

Sistem Taksiran Sendiri (STS) telah diperkenalkan pada tahun 2004, jadi lebih mudahlah kerja pengutip cukai di negara ini. Tetapi, apa gunanya sistem taksiran sendiri jika Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) boleh sewenang-wenangnya membuat taksiran tambahan tanpa notis untuk beberapa tahun kebelakangan, dan kemudian mengenakan penalti ke atas taksiran tambahan tersebut. Ini adalah satu bentuk penganiayaan, cara membuli rakyat yang setia membayar cukai pendapatan.

Surat tuntutan pula hanya sampai pada bulan Disember 2021, katanya cukai taksiran untuk setiap tahun daripada 2016 – 2020 tersebut telah dimasukkan ke dalam lejar pada bulan Julai 2021. Yang peliknya tiada secebis notis pun, walaupun melalui e-mel, sebelum tarikh akhir. Penalti 10% itu seperti sudah dirancang supaya tidak dapat dielakkan.

Penulis tidak pernah mengelak untuk membayar cukai namun berasa amat bangga dapat melangsaikan kesemua cukai yang diwajibkan, tahun demi tahun. Tetapi apabila cuba dihubungi untuk meminta penjelasan ke atas taksiran tambahan tersebut, satu persatu jawapan dihujung talian menuding jari kepada pegawai yang lainnya.

Ramai juga yang akhirnya mengalah dan membayar sahaja jumlah yang diminta, walaupun di dalam hati memang tidak menghalalkannya. Mungkin ini adalah cara mereka untuk memastikan mereka dapat memaksimakan kutipan daripada pembayar cukai kecilan yang sudah semestinya tidak mampu untuk membayar peguam.

Ugutan demi ugutan untuk menyita harta ini tak ubah seperti samseng. Pernyataan “anda berhutang dengan kerajaan Malaysia” juga dibuat sewenang-wenangnya tanpa penjelasan yang kukuh. Ini pembulian yang sangat nyata, tetapi malangnya pembulian LHDN ini adalah sah di sisi undang-undang.

Lebih pelik, LHDN juga turut memberikan bonus yang berbeza daripada penjawat awam yang lain. Seolah-olah mereka menjalankan perniagaan dengan membuat kejahatan. Teringat pula ketika Komeng memberikan bonus kepada konco-konconya.

Tajuk berita seperti LHDN kutip cukai RM143.9 bilion seperti disasarkan juga menunjukkan mereka sedaya-upaya mahu memerah cukai daripada rakyat, tidak kiralah jika cara yang digunakan kotor dan jijik.

Nampaknya pembayar cukai golongan pertengahan inilah yang akan terus teraniaya di tanah air tercinta. Sangat menghampakan dan menyedihkan. Mungkin ramai di antara mereka sudah dikaburkan dengan wang ringgit dan tidak langsung risau dengan seksa kubur dan pembalasan di akhirat.

Penulis sudah jatuh ditimpa tangga. Ada tahun yang dikenakan taksiran tambahan itu, memang adakalanya tiada pekerjaan. Tambahan lagi dengan pandemik Covid-19, ada juga terputus pendapatan. Tetapi, apa mereka peduli, bukan? Mungkin kerana ada penurunan cukai kena dibayar membuatkan mereka rasa penulis cuba menipu. Mereka tetap mahukan wang supaya mencapai sasaran dan menjamin bonus untuk mereka.

Apa yang penulis boleh lakukan adalah berdoa yang mereka ini yang majoritinya orang Islam, dapat membuat kerja dengan lebih teliti dan beramanah. Sekiranya ada maklumat dan penjelasan yang lengkap, kita tidak akan berasa marah dan hampa. Kita bayar, sebab tidak mustahil sebagai manusia kita juga mungkin tersilap ketika membuat pengiraan.

Entahlah, perkara ini di luar kawalan rakyat biasa.

OpenSearch on Google Kubernetes Engine

GKE version: 1.20.12-gke.1500
Helm Chart version: 1.8.0

In pursuit of Elasticsearch knowledge, I attempted to install OpenSearch on a GKE cluster. Following the instructions in https://opensearch.org/docs/latest/opensearch/install/helm/ the pods crashed.

NAME READY STATUS RESTARTS AGE
opensearch-cluster-master-1 0/1 CrashLoopBackOff 1 13s
opensearch-cluster-master-0 0/1 CrashLoopBackOff 1 13s

Looking at the logs from the pod:

[1]: max virtual memory areas vm.max_map_count [65530] is too low, increase to at least [262144]

Looking at values.yml I tried to add:

sysctl:
  enabled: false
sysctlVmMaxMapCount: 262144

But I was greeted with the following when I described the pods:

Events:
Type Reason Age From Message
---- ------ ---- ---- -------
Warning SysctlForbidden 1s kubelet forbidden sysctl: "vm.max_map_count" not whitelisted

Since I am using terraform, I looked at the documentation and found that the vm.max_map_count parameter is not supported by “linux_node_config parameter” in the “google_container_cluster” resource.

Searching through the Internet, I found this excellent post: A Guide to Deploy Elasticsearch Cluster on Google Kubernetes Engine but my init container still failed, it wasn’t able to change the vm.max_map_count value.

sysctl: error setting key 'vm.max_map_count': Permission denied

So I tried adding “runAsUser: 0” so that it runs as root and it worked. Final block in values.yml for my init containers (specifically to deal with the sysctl issue) is below:

extraInitContainers:
  - name: increase-the-vm-max-map-count
    image: busybox
    command:
    - sysctl
    - -w
    - vm.max_map_count=262144
    securityContext:
      privileged: true
      runAsUser: 0
  - name: increase-the-ulimit
    image: busybox
    command:
    - sh
    - -c
    - ulimit -n 65536
    securityContext:
      privileged: true
      runAsUser: 0


helm upgrade opensearch -n opensearch -f values.yml opensearch/opensearch --version 1.8.0

All is well

NAME READY STATUS RESTARTS AGE
opensearch-cluster-master-0 1/1 Running 0 12m
opensearch-cluster-master-1 1/1 Running 0 12m
opensearch-cluster-master-2 1/1 Running 0 12m